LANA LIKE TO SAYS::

This blog is ONLY for those people who likes to read stories of my everyday life,
love stories, fun facts and photos.
You can follow this blog if you find it interesting.

And also sell my pre-loved items with AFFORDABLE prices, in GOOD condition!

Tuesday, July 19

Your love and gratitude..

Sy tertarik dgn satu artikal ni, ianya berkenaan jasa dan kasih sayang seorang ayah, actually closely related to me..maklum lah ibu sy telah meninggalkn dunia dan kembali ke rahmatullah...jd terasa  pengorbanan sorang ibu mahupun bapa kpda sy amat mendalam bak kate org "makan dlm ke ko", sbb sy sndri pon gagal mjlnkn tgjwb sy kepda kedua ibu dan bapa saya. Jd sy pon copy and paste nk share lh pd u'all untk di jd kn pedoman hidup masing, so sama-sama renungkan dan selamat beramal.cehh

Urat garisan diwajahnya yang timbul setiap kali melonjak kepada usia baru sudah cukup memberi erti kepada kegigihan malah kesungguhannya untuk mendidik kita.
Tiada yang diimpikan,melainkan melihat kita berjaya dalam semua prospek mahupun duniawi ataupun akhirat. Kehilangannya,kerukunan institusi keluarga itu mungkin akan sedikit longgar.
Dialah ketua, dialah idola, dialah segala-galanya. Dia adalah bapa. Bapa yang merupakan peneraju bagi anak-anak mahupun isteri untuk berlindung.
Dia tidak meminta untuk dibalas akan jasanya, dia cuma mahu anak-anaknya menjadi insan yang berguna, yang dapat membanggakannya,yang dapat mengirimkan bacaan doa kepadanya apabila dia tiada nanti, yang sentiasa melakukan kebaikan untuk nusa dan bangsa. Adakah kita seperti yang dia inginkan?

Tiada bapa yang mahu melihat kita jadi penjenayah, tiada yang mahu anaknya menjadi penipu, yang mahu anaknya menjadi pengemis. Dia cuma mahu anaknya menjadi seorang yang berguna, yang dapat menimbulkan gelora bangga dan kesyukuran kerana pengorbanannya mendidik kita tidak sia-sia.
Mari kita tepuk dada sejenak, bertanya kepada diri sendiri, apakah usaha yang telah kita lakukan untuk menjadi anak yang dapat membanggakan dia? Adakah kita pernah berusaha sedemikian rupa? Atau kita sekadar berusaha untuk kekasih hati kita yang bila-bila masa akan meninggalkan kita? Fikirkan!
 
Renungkan sejenak, mengambil semula nostalgia lama, menghirup semula memori dahulu, adakah kita pernah melukakan hati dia? Sering ingkar akan arahannya? Adakah kita tidak berfikir, kesukarannya dulu menjaga kita diwaktu kecil, bersengkang mata bagi memastikan kita nyenyak, mengikat perut demi memastikan kita tidak kelaparan, malah memberikan keselesaan kepada kita dengan memberikan segala-galanya yang kita inginkan. Segantang emas belum tentu dapat menebus semula pengorbanan yang telah dia lakukan. Teramat besar pengorbanannya. 
Bagaimana kita hendak membalas jasanya,sedangkan diri sendiri masih di awangan? 
 "Ya Allah jadikan kami ini tergolong dalam anak yang sering mengingati jasa ibu bapa kami,yang sering patuh kepada mereka selagi mereka tidak menyuruh kami melanggar perintah-Mu."