Hari ni nk share sikit klu kite nk tahu pesonaliti diri ataupun seseorang tu melalui tulisan tgn ,
kalau x percaya cubalh kenal pasti pesonaliti diri sendiri terlebih dahulu.
kt bwh ni ade beberapa character yg mgkin boleh dguna pakai..
kalau x percaya cubalh kenal pasti pesonaliti diri sendiri terlebih dahulu.
kt bwh ni ade beberapa character yg mgkin boleh dguna pakai..
TULISAN BERUBAH UBAH
Ada
orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah ubah sejak dari dulu
lagi. Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk
berubah. maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang
sedia ada sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah,
bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti
dirinya malah dia juga bersikap individual. Dari segi membuat sebarang
keputusan, orang yang tulisannya tidak berubah sejak dulu lagi lebih
tetap pendirian dan lebih tegas. Manakala mereka yang sering berubah
corak tulisan mereka dikatakan lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan
bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka
itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.
KECONDONGAN TULISAN
• TEGAK
Sekiranya
tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin,
bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat
menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.
• CONDONG KE KANAN
Orangnya
bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta.
Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada
orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain,
mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan
pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri.
Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup
pantang kalau mereka kena tunggu lama!
• CONDONG KE KIRI
Wah!
Rupanya dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi
luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia
juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya
kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari
nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang
cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!
BENTUK TULISAN
• LEBAR
Ia
menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri
dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar
mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam
menjaga hati teman-teman.
• TULISAN KURUS
Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.
• TULISAN BERSEGI EMPAT
Otak matematik rupanya dia ni.
• TULISAN BULAT
Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.
• BERSAMBUNG
Pemikirannya berdasarkan logik.
• BERCERAI CERAI
Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!
JARAK TULISAN
• TULISAN JAUH
Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia
sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan
apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau bergantung pada
orang-orang yang rapat dengan dirinya itu.
• TULISAN RAPAT
Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka.
RUANGAN DI TEPI
Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya:
• RUANG KIRI KANANNYA SAMA
Jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya, bermakna
dia seorang yang berfikiran optimistik.
• RUANG MUKA SURAT SEBELAH KIRI KECIL
Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif sebenarnya!
• RUANG MUKA SURAT KANAN KECIL
Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan
yang sewajarnya.
• PENUH SATU MUKA SURAT
Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak idea bernas
yang boleh dikongsi bersamanya.
KERAPATAN
i. Jarang-jarang
Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
PADA HURUF J, G, Y, Z
i. Ada ekor
-Besar, panjang dan sempurna
Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah,
mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
-Kecil, pendek dan tak sempurna
Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan
kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
PADA PALANG HURUF KECIL T (T)
i. Tinggi
Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana
BAGAIMANA DENGAN ANDA?
Credit to : hanan.com.my & budaktechnician
No comments:
Post a Comment